:: 4 ever ::

I LUV ISLAM

Friday, September 16, 2011

:: Wahai Pasangan Kekasih ::

advisory_0011
Wahai pasangan kekasih,
usahlah bazirkan airmata,andainya putus cinta sesama insan,kerana setiap titis airmata yang mengalir adalah sia-sia,sebaliknya bazirkan airmata,andai putus cinta dengan Ilahi,menangislah sepuas-puasnya,mohonlah keampunanNYA,kerana airmata yang mengalir memohon keampunan Ilahi ,adalah lebih berharga,lebih bernilai dari emas permata.
Wahai pasangan kekasih,
Kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum,Wah!hebatnya peribahasa melayu,peribahasa yang paling popular,Betul juga ya,peribahasa ini,tak disangkal lagi,Bersepah-sepah kumbang yang berterbangan,dimuka bumi ini,Begitu juga dengan bunga yang mekar di taman larangan,Mekar dengan berbagai haruman,Indah sungguh ciptaan Ilahi.
Wahai pasangan kekasih,
Sebagai hamba Allah,
Renungilah firman Allah yang bermaksud:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (AL-BAQARAH AYAT:216)
Wahai pasangan kekasih,
Fahami dan renungilah ayat tersebut,Bahawasanya sesuatu yang disukai,
Belum tentu membawa kebaikan pada diri sendiri,Bahawasanya sesuatu yang dibenci,Belum tentu memudaratkan diri sendiri.Bahawasanya cinta sesama insan,Tidak akan kekal hingga akhirnya,Bahawasanya cinta kepada Allah,Adalah cinta abadi,cinta yang kekal abadi selamanya.
Wahai pasangan kekasih,
Putus cinta sesama insan,Tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri,Kenapa dibebani fikiran,,hati dan jiwa,Dengan masalah yang remeh-temeh ini,Kenapa tak lapangkan fikiran dengan mengingati Allah yang satu,Kenapa tak hiasi hati dengan zikrullah,Kenapa tak tenangkan jiwa dengan bersolat dan berdoa,Tenteramkan jiwa dengan alunan merdu,ayat-ayat suci Al-Quran,sedangkan tahu itulah yang terbaik,
kenapa diikutkan rasa hati,Kenapa dan kenapa.
Wahai pasangan kekasih,
Lupakah pada pesanan:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika”.
Wahai pasangan kekasih,
Benarlah kata pujangga:
“Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,tetapi tidak akan terkejut apabila bunuh diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya”.
Wahai pasangan kekasih,
Yakinlah pada ketentuan,Yang Maha Esa,Pasrah segalanya,
Sudah tertulis milik siapakah anda,Di LOHMAHFUZ,Cuma anda tak tahu,Siapakah jodoh anda,Yang tersirat dan tersurat,Hanya Allah Maha Mengetahui.

Saturday, September 10, 2011

::Cemerlang Dalam Peperiksaan::

alt


Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan. Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal. Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen ini:-

01.Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja.
Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.
berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji.

02. Membuat rujukan: membuat rujukan bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji.Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah.
Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui agen pencari maklumat (contoh: http://www.google.com/)

03.Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.

::Smart2::

"Abang tak abang!! ini dunia Allah S.W.T yang pegang!! "
"Lu Ayahanda ka?! lu Abang Long ka?! Mungkar & Nakir soal dalam kubur nnti menggigil juga..!!"
"Abang besar sudah keluar..!!Wa ingat lu sudah bertaubat pada Allah"
"Aku tak takot mati...!!Tapi aku takut mati dalam kemurkaan Allah".. dialog2 ala ala gangster yang perlu kita cantikkan dengan mengingati Allah..

::Ujian..yg x best utk laki..::

Girl : Why do you keep on following me?
Boy : Because you're so pretty and I think I'm falling in love with you.
Girl : Really? But you haven't met my friend yet. She's prettier than me and she's right behind you. (The guy looked behind him but found no one)
Boy : Are you making fun of me? There's no one behind me.
Girl : No, but if you really love me. You won't looked back...
...
hah..sesuai la tu untuk lelaki yg KONON jatuh cinta...

who amung us